Berdiridi 170 meter di atas tanah, Menara Petronas adalah gedung pencakar langit kembar di Kuala Lumpur , Malaysia. Bangunan-bangunan yang menyandang predikat tertinggi di dunia antara 1998-2004 ini merupakan landmark ikonik ibu kota.
BangunanArsitektur di Malaysia 1. Menara Kembar Petronas 2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz 3. Stadthuys 4. Kesultanan Malaka 5. City Hall 6. Kuil Sri Nagara Thendayuthapani 7. Menara Tun Mustapha 8. Seri Perdana 9. Kek Lok Si - Biara di Crane Hill 10. Mesjid Zahir 11. Suffolk House 12.
Inimenjadikan Daerah Sandakan sebagai ekopelancongan yang terkenal di Sabah (Melakatour, Contohnya di bandar utama Sandakan terdapat bangunan terkenal yang besar dan tinggi iaitu Habour Mall Sandakan Dipetik daripada - malaysia/sabah-bakal-jadi-hab-pengeluar-produk-burung-walit-dunia-jeffrey-268079. Dicapai pada 9 November 2021.
BangunanDewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur: 170 m 36 28 Wisma Goldhill: Kuala Lumpur: 168 m 36 29 Maju Perdana, Tower 2: Kuala Lumpur: 40 30 Menara Keck Seng: Kuala Lumpur: 39 31 Kompleks Dayabumi: Kuala Lumpur: 157.0 m 35 32 Dynasty Hotel: Kuala Lumpur: 155.0 m 41 33 Menara Dion: Kuala Lumpur: 37 34 Meridian KL Sentral: Kuala Lumpur: 154.0 m 38 35 Hilton KL Sentral
BangunanYang Terkenal Di Malaysia? 09.03.2022. by Imogen McKenzie. Yang berada di peringkat keenam adalah The Astaka Tower A, iaitu bangunan tertinggi di Johor Bahru. Bangunan ini terletak di Iskandar Malaysia Zon A dan dibuka pada tahun 2018. The Astaka Tower A juga adalah bangunan perumahan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Padatahun 1985, Menara KOMTAR, yang terletak di George Town, Pulau Pinang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia, 200 meter hingga ke kemuncaknya. Pada waktu ia siap dibina, bangunan yang tersergam indah ini merupakan bangunan kedua tertinggi di Asia, dan kekal sebagai pencakar langit tertinggi di Pulau Pinang hingga ke hari ini.
NnGqh.
82 tempat yang diurut berdasarkan favorit wisatawanBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanBangunan Arsitektur • Museum SejarahTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturGaleri Seni • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturTempat Bersejarah • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Dek & Menara ObservasiTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturBangunan Arsitektur • Tempat KeagamaanTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturMuseum Benda Khusus • Bangunan ArsitekturLayanan Kereta Api • Bangunan ArsitekturTempat Menarik & Tengara • Bangunan ArsitekturMenampilkan 1-30 dari 82 hasil
Semua hal yang dapat dilakukanTempat Menarik & TengaraSitus Suci & AgamaBangunan ArsitekturPertanianMasuk GratisTerjangkauCocok untuk Anak-AnakCocok untuk Kelompok BesarCocok untuk PasanganBagus Saat HujanLokasi bulan maduCocok untuk Penggemar Aktivitas EkstremTempat yang Belum DikenalBerjiwa petualang965 tempat yang diurut berdasarkan favorit wisatawanGua Bawah Tanah& Gua • Tempat KeagamaanPerlu saran wisata?Dapatkan tips terbaik dari ratusan juta wisatawan tips terbaik dari ratusan juta wisatawan Arsitektur • Tempat KeagamaanTempat Menarik & Tengara • Tempat BelanjaTempat Bersejarah • Daerah SekitarPusat Pengunjung • Museum Benda KhususTempat Menarik & Tengara • Air MancurDaerah Sekitar • Tempat Menarik & TengaraTempat Menarik & Tengara • Area Indah Pejalan KakiReruntuhan Kuno • Tempat Menarik & TengaraMenampilkan 1-30 dari 965 hasil
Adakah bangunan bersejarah di Malaysia mempunyai nilai seni dan kisahnya tersendiri?Apakah bangunan-bangunan ini mempunyai kaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia?Bila mana kita menyebut tentang binaan yang masih wujud dan mewakili zamanya kegemilangan yang tersergam indah sehingga kini, pasti terdetik di hati ingin mengetahui kisah sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia rata-ratanya dijaga dengan baik, malah ianya dipulihara bagi mengekalkan mercu keutuhannya. Ada bangunan yang masih mengekalkan fungsinya, dan ada juga yang telah menjadi muzium malah ianya menjana pendapatan dalam sektor pelancongan bagi kawasan bangunan itu. Pin1 Bangunan Sultan Abdul Samad2 Kellie’s Castle3 Kota A Famosa4 Kubu Margherita5 Fort Cornwallis6 Muzium Perang7 Kota Kuala Kedah8 The Stadthuys9 Kota Lama Duyong10 Masjid Kampung Laut Dalam artikel kali ini kita akan melihat 10 banguan bersejarah di Malaysia yang paling popular dikunjungi pelancong. Bangunan Sultan Abdul Samad 3 kubah seperti bawang ini adalah berbentuk saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam Bangunan Sultan Abdul Samad yang turut menjadi mercu tanda bandar Kuala Lumpur ini cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Bangunan yang turut menjadi saksi bendera Jalur Gemilang pertama kali dikibarkan pada 31 Ogos 1957. Bagi merasai kemeriahan di sini anda boleh berkunjung pada hari perayaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan malam Tahun Baru. Bangunan Sultan Abdul Samad Pada waktu malam bangunan ini kelihatan begitu cantik dengan limpahan cahaya lampu yang menghiasinya. Keunikkan dan kemegahannya turut menjadi daya tarikan setiap jurugambar untuk bekarya di sini. Lihat Penginapan Lihat Tour Lihat Peta Jln Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur Kellie’s Castle Kellie’s Castle adalah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak Istana yang terletak di Batu Gajah, Perak ini cukup terkenal dengan pelbagai versi cerita daripada lapisan masyarakat di Malaysia. Istana tiga tingkat ini dibina berdasarkan rekabentuk istana Moghul dengan menggunakan tukang mahir dari Madras. Kellies Castle Zaidi Istana milik peladang getah dari Scotland ini mempunyai 14 buah bilik, ruang bawah tanah, terowong rahsia dan lif yang tidak sempat disiapkan kerana pemiliknya meninggal dunia. Walaupun istana ini separuh siap ia tetap menjadi tarikan pelancongan dan turut menjadi lokasi penggambaran filem luar negara iaitu Anna and The King. Lihat Penginapan Lihat Peta Laluan Sentral 19, Taman Desa Sentral, 31000, Batu Gajah, Perak, Malaysia, 31000 Batu Gajah Kota A Famosa A Famosa Wall Kehebatan Kota A Famosa sebagai sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis ini sentiasa tersemat di dalam sejarah awal Tanah bangunan yang masih berdiri teguh di Bandar Hilir Melaka ini dibina pada tahun 1511 dan telah menyaksikan pelbagai penderitaan yang ditanggung rakyat serta perubahan era penjajah pada waktu itu. A Famosa Kini anda boleh menyaksikan tinggalan Pintu Santiago atau turut dikenali Porta de Santiago yang masih dipelihara. Di sekitar bangunan ini turut terdapat beberapa buah meriam dan Gereja St. Paul’s yang turut mempunyai nilai sejarah. Seterusnya anda boleh menaiki tangga untuk melihat bangunan gereja yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gereja St. Paul. Lihat Penginapan Lihat Peta Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka Kubu Margherita Fort Margherita Imej oleh Jeremiah Seelan Bangunan bersejarah yang terletak dibina pada tahun 1878 ini terletak di atas tebing Sungai Sarawak yang berhampiran dengan kediaman disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak 1993 ia turut berfungsi sebagai pusat Renjer Sarawak, Pejabat Kampetai Jepun pada Perang Dunia Kedua dan Muzium Polis. Kubu Margherita The Brooke Imej oleh James Wong Kubu ini menjadi saksi di mana penduduk pribumi menentang penjajahan Rajah Brooke. Di sini anda dapat melihat laman hukuman bunuh dan memasuki galeri Brooke. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 445pm Jalan Litaran DUN, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak Fort Cornwallis Meriam Fort Cornwallis Kota Cornwallis Kapten Francais Alang-alang menikmati hidangan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jangan lupa luangkan masa anda di tapak bersejarah ini. Dengan bayaran masuk RM10 bagi pemegang MyKad anda boleh menjelajah ke dalam kota yang dibina pada tahun 1786 ini. Fort Cornwallis Kota Cornwallis Kapten Francais Kota Cornwallis yang berusia lebih 200 tahun ini dibina oleh Kapten Francis Light ketika beliau menawan Pulau Pinang dan kini menjadi antara kota yang masih utuh dan terpelihara sebagai tarikan pelancongan bersejarah. Anda dapat melihat beberapa meriam, stor penyimpanan bahan letupan, gereja dan tugu gangsa. Lihat Penginapan Lihat Tour Lihat Peta Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town Muzium Perang War Museum Imej oleh Mavis Penang War Museum Bangunan bersejarah yang turut bertempat di Pulau Pinang ini pada awalnya menjadi kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930-an sebelum diambil alih oleh tentera Jepun pada tahun 1941. Lokasi sejarah yang turut dikatakan mempunyai kisah mistik ini merupakan muzium perang yang terbesar di Asia Tenggara. Tinggalan di Muzium Perang Imej oleh Allan Tse Anda boleh menjelajah muzium ini mengikut anak panah yang disediakan di mana dapat melihat tempat pelaksanaan penyiksaan, memasuki terowong gelap serta melawat tempat tidur Inggeris, India dan Melayu. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 600pm Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang Kota Kuala Kedah Kota Kuala Kedah Kota Kuala Kedah yang berpusat di tebing utara muara Sungai Kedah ini didirikan sebagai benteng pertahanan pada tahun 1771. Kota yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ini pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Seterusnya ia telah dikuasai oleh pihak British dengan menambah binaan rumah api dan pintu gerbang baru yang masih kekal sehingga kini. Tembok & menara Kota Kuala Kedah Imej oleh Azri Ardila Selepas diletakkan dibawah kuasa Jabatan Muzium Malaysia ia telah ditambahbaik untuk dijadikan sebagai Muzium Kota Kuala Kedah. Selain mempunyai koleksi artifak arkeologi ia turut mempunyai 13 buah peluru meriam dan 6 buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 500pm Kota Marina, Kampung Padang Garam, 06600 Kuala Kedah, Kedah The Stadthuys Stadthuys adalah struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka Bangunan berwarna teracotta-merah ini pasti menarik pandangan mata anda untuk menghayatinya atau singgah mengabadikan kenangan. Dikatakan asalnya bangunan ini berwarna putih, dan mempunyai pelbagai versi cerita kenapa ia ditukar warna. Dataran Merah The Stadthuys Bangunan ini merupakan antara bangunan Belanda yang tertua di Asia Tenggara yang mula didirikan pada tahun 1641 yang menjadi titik tumpu beberapa era penjajahan di Tanah Melayu. Kini ia meriah dengan aktiviti pelancongan yang mempunyai tarikan beca, beberapa buah muzium, gerai cenderamata serta lokasi buskers di sekitarnya. Lihat Penginapan Lihat Peta Gereja Christ, Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Malacca Kota Lama Duyong Kota Lama Duyung Imej oleh Khairul Nizam Kota Lama Duyung yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu ini dibina oleh Dato’ Biji Sura pada tahun 1919 sebagai tempat belajar ilmu agama bagi masyarakat di situ. Binaannya dikatakan terdiri daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya. Binaan ini menunjukkan campuran rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda. Kota Lama Duyung Menariknya lagi ia turut mendapat pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir untuk bahagian tiang dan dinding batu. Kota ini pernah mengalami kerosakkan akibat banjir dan telah dibina semula pada tahun 1986 semula dibuka sebagai lokasi pelancongan. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 500pm Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu Masjid Kampung Laut Masjid Kampung Laut Tumpat Kelantan Imej oleh Kawazai Jazima Masjid yang dikatakan sebagai antara masjid yang tertua di Asia Tenggara ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan dan dianggarkan berusia 400 tahun. Masjid ini begitu unik kerana ia dibina daripada kayu cengal tanpa menggunakan sebarang paku. Ruang Solat Masjid Kampung Laut Tambahan lagi, masjid ini dikatakan dibina oleh Wali songo ketika dalam perjalanan dari kepulauan Jawa ke Champa pada abad ke 14. Sekitar tahun 1970an masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu kerana tapak asalnya mengalami banjir yang teruk. Bermula tahun 2020 proses pemindahan ke tapak asal dilakukan dan kini anda boleh melawat masjid ini di Kampung Laut. Lihat Penginapan Lihat Peta Jalan Tok Nek, 16200 Tumpat, Kelantan Boleh cadangkan kepada kami bangunan bersejarah yang anda tahu dan mempunyai kisahnya tersendiri? Bersambung…
Reka bentuk seni bina penuh magik dan mempesona, dan di belakangnya adalah arkitek yang mengilhamkan dan mengawasi semua aspek pembinaannya. Seni bina moden adalah tentang mengambil visi yang memberi inspirasi, dan menggunakan kemahiran dan alat yang diperolehi selama beberapa dekad pengalaman untuk memupuknya kepada kehidupan. Keindahan seni bina adalah satu legasi yang ditinggalkan oleh pemilik ciptaannya. Peninggalan berwawasan yang menjadi kebanggaan negara akan kekal menjadi warisan terutama buat keluarga. Mereka adalah aset berharga Malaysia kerana inspirasi wawasan yang disalurkan melalui cetusan idea seni bina, namun di mata anak-anak aka arkitek muda, mereka adalah seorang bapa aka arkitek otai yang tiada tolok bandingannya! Sempena Hari Bapa ini, kami ingin meraikan enam hero berwawasan industri seni bina yang telah memberi inspirasi kepada masa depan pembinaan yang lebih beraspirasi. *Senarai ini dibuat sempena Hari Bapa dan kerana itu menampilkan arkitek lelaki. Senarai arkitek wanita ternama Malaysia juga akan dibuat. 1. Datuk Kington Loo Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1930, Loo adalah pemula dalam seni bina moden di Malaysia. Reka bentuk seni binanya, di bawah firma yang diusahakan, iaitu Booty & Edwards, bertanggungjawab untuk banyak bangunan tinggi awal yang masih dapat anda lihat menjulang tinggi di seluruh negara. Pada tahun 1962, beliau menjadi penduduk tempatan pertama yang dipilih sebagai Presiden Persekutuan Persatuan Arkitek Malaya FMSA, yang bersekutu dengan Institut Arkitek Diraja British RIBA. Manakala pada tahun 1998, beliau merupakan penerima pingat emas pertama daripada Pertubuhan Akitek Malaysia PAM, atau Institut Arkitek Malaysia. Arkitek Malaysia yang terkenal ini mereka bentuk bangunan pejabat tinggi pertama di KL Bangunan Koperasi Polis 13 tingkat, serta Kompleks Dayabumi, yang kekal sebagai mercu tanda ikonik hingga ke hari ini. Beliau juga merekabentuk Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, dan bangunan Standard Chartered di Kuala Lumpur. 2. Ken Yeang Beliau adalah seorang arkitek berwawasan dan sering meggabungkan rekaannya dengan kecintaannya terhadap alam sekitar dan solusi ekosistem. Arkitek yang sering memenangi anugerah seni bina ini merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan mempunyai portfolio meluas merangkumi hospital-hospital di UK, sehingga ke menara-eko yang menakjubkan di beberapa bandar yang pesat berkembang di China. Banyak rekaannya berkisar tentang idea untuk membawa estetika semulajadi dan reka bentuk hijau ke dalam persekitaran yang dibina, mewujudkan sinergi antara keindahan alam semula jadi dan seni bina bandar. Sebagai juara gerakan reka bentuk hijau, Ken Yeang terkenal sebagai perintis yang lebih jauh ke hadapan ketika zamannya. Visi seni bina hijaunya kini jelas dapat dilihat, seperti di bangunan Perpustakaan Negara Singapura, Mangrove Bay di Shenzhen, dan Spire Edge di India. 3. Hijjas Kasturi Arkitek terkenal Hijjas Kasturi sering digelar bapa seni bina Malaysia’ kerana pengaruhnya terhadap seni bina negara. Biarpun dilahirkan di Singapura, namun beliau sangat berpengaruh dalam evolusi seni bina Malaysia yang merdeka. Sepanjang tempoh 50 tahun kerjayanya, bukan sedikit bangunan yang mendapat sentuhan magisnya. Pencapaian seni bina yang paling terkenal daripada tokoh ini termasuk Menara Telekom Di Kuala Lumpur, bangunan Menara Maybank, dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seperti ramai nama-nama hebat yang lain, hasil sentuhan ideanya juga berkembang seiring dengan pengalamannya, merangkumi konsep reka bentuk hijau dan seni bina eko. Ini dapat dilihat di bangunan berwawasan seperti Hotel Penaga, Pulau Pinang, yang menggabungkan taman berlanskap, panel solar, dan sistem penuaian air hujan yang menjadikannya satu-satunya bangunan hijau bertaraf Gold Star di Pulau Pinang! 4. Dr Tan Loke Mun Dr. Tan Loke Mun dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapatkan latihan seni binanya dari Universiti Deakin, Australia pada tahun 1980-an dan kemudiannya menerima ijazah kedoktoran dari University of Melbourne, Australia. Apabila kembali ke Malaysia, Dr. Tan mengasaskan amalan ArchiCentre’ pada tahun 1994. Beliau adalah Presiden Institut Arkitek Malaysia dari tahun 2005 hingga 2007, dan telah menerima pelbagai anugerah yang mengagumkan untuk kerja-kerja beliau sepanjang tempoh kerjayanya. S11 House mencerminkan etos yang mampan di tengah-tengah banyak reka bentuk arkitek terkenal ini, dan semangat untuk struktur berwawasan yang terbukti sepanjang kerjayanya. Kerja-kerja firma beliau boleh dilihat di Setia City Convention Centre, Setia Ecotower, Armanee Terrace 2, dan pelbagai bangunan lain di Malaysia. 5. Dato’ Lee Yoon Thim Beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab membentuk imej negara global selepas pasca kemerdekaan. Dato’ Lee merupakan seorang pakar apabila dirujuk mengenai reka bentuk seni bina hotel kerana beliau menggabungkan modernisme dengan citarasa tempatan. Sejurus selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1963, Dato’ Lee Yoon Thim yang juga sahabat baik kepada ramai pemimpin awal negara, termasuk Tuanku Abdul Rahman, diraikan kerana reka bentuknya dalam seni bina Islam dan bangunan kerajaan. Di Kuala Lumpur hari ini, Stadium Chin Woo, Dewan Bahasa dan Pustaka serta bangunan UMNO masih berdiri. Selain daripada itu, beberapa masjid juga mendapat sentuhan rekaan Dato’ Lee iaitu Masjid India, Masjid Al-Ubudiyah, Masjid Ar-Rahman dan Masjid Jamek Kampung Baru. 6. Tan Sri Dato’ Esa Mohamed Beliau adalah pengasas dan pengarah urusan firma arkitek, Akitek Jururancang Malaysia Sdn Bhd AJM. AJM ni bukan calang-calang, ia bertanggungjawab mereka bentuk beberapa projek hartanah ternama negara termasuklah Subang Jaya, Pelan Induk Kuala Lumpur dan Pelan Induk Putrajaya. Antara projek reka bentuk yang diketuai Esa Mohamed ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Datai Bay Resort Langkawi, Mid Valley City and Garderns dan Sunway Piramid. Kerjanya diiktiraf industri dalam dan luar negara, malah pernah mendapat pelbagai anugerah antarabangsa termasuklah Anugerah Aga Khan untuk Seni Reka 2001. 7. Chan Seong Aun Beliau adalah antara arkitek terawal di Malaysia yang bergiat aktif dalam aspek kelestarian bangunan hijau. Chan Seong Aun adalah arkitek utama di Arkitek Daya Seni Sdn Bhd, beliau juga salah seorang pengasas dan bekas presiden Majlis Bangunan Hijau Malaysia MGBC serta bekas presiden Persatuan Arkitek Malaysia. Dalam bidang kelestarian sektor pembinaan, nama beliau memang tidak asing lagi dan minatnya kepada aspek kelestarian reka bentuk dan pembinaan tercetus seawal krisis minyak global 1970-an lagi yang mengajarnya tentang kepentingan tenaga dalam bidang pembinaan. Tidak ketinggalan – César Pelli! Tidak lengkap senarai arkitek ini jika tidak menyebut tentang César Pelli! Pereka berwawasan keturunan Argentina-Amerika ini adalah mastermind’ di sebalik gah seni bina ikonik Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Pelli ternyata memasang impian untuk mencipta nama – dan bertanggungjawab untuk reka bentuk beberapa bangunan pencakar langit yang paling ikonik di dunia. Di samping Menara Berkembar, beliau juga merealisasikan menara kebanggaan yang menjulang tinggi di Cira Center South di Philadelphia, dan Salesforce Tower di San Francisco, Amerika Syarikat. Memetik kata-kata beliau, “keinginan untuk mencapai langit sangat mendalam dalam jiwa manusia." Ini sudah tentu menjadi faktor penentu dalam kehidupannya sendiri, dan ia dizahirkan pada rekaan-rekaan bangunan yang luar biasa. Kesungguhannya terhadap pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit menyaksikan pemilik nama ini meraih anugerah pencapaian seumur hidup oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat. Arkitek memainkan peranan penting dalam industri pembinaan dan hartanah. Tanpa mereka, tak terbina lah bangunan yang lawa dan seronok untuk didiami. Terima kasih! Panduan Relevan 6 Bangunan Tertinggi di Malaysia! Tak Sah Kalau Tak Lawat 5 Bangunan Paling Unik Di Malaysia Ini! 16 Homestay Menarik Di Malaysia!
bangunan yang terkenal di malaysia